Saturday, December 6, 2008

Mengapa Kelebihan dan kekurangan.??

Mungkin anda tertanya-tanya mengapa saya memilih tajuk kelebihan dan kekurangan.
Sebab yang paling utama ialah kerana setiap benda di dunia kita ini mempunyai kelebihan dan kekurangan nya tersendiri.Biarpun Perdana Menteri , Pemerintah Dunia sekalipun mempunyai kelebihan dan kekuranganya tersendiri.



Contohnya ialah,seorang yang kaya dengan harta dan duit tidak semestinya boleh membeli Kasih sayang,bakat atau masa.Dan tak semestinya orang yang Miskin itu Kurang pandai atau Orang yang kaya itu pandai..Jadi jangan lah kamu nak Sombong atau berlagak dengan orang yang tak sama 'Class' ataupun pangkat dengan kamu..
Pandanglah seseorang itu dengan penuh hormat.Biarpun pencuci sampah,buruh,pencuci longkang atau siapa sahaja.Ingat,kalau mereka tiada.Mungkin negara yang kita banggakan ini tidak akan membangun,maju dan bersih.Itulah kelebihan mereka.



Sama juga dengan orang yang pandai atau mereka yang berjaya dalam hidup,Mereka juga ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.Antara kelebihan mereka yang saya dapat nyatakan ialah mereka dapat 'mengubah' Dunia.Dari yang baik menjadi yang terbaik dan dari yang terbaik kepada yang sempurna.Mereka juga akan berusaha membongkar rahsia alam ciptaan Allah (Tuhan yang Esa.) ini.Mencari penawar untuk penyakit dan membangunkan teknologi baru yang mungkin lebih canggih lagi.Tetapi antara kekuranganya,Tengoklah sendiri.Dunia kita semakin musnah,banyak bencana yang berlaku.Dan banyak kehidupan pupus dan diancam kepupusan.Meskipun hanya segelintir sahaja dari mereka yang melakukan semua ini tetapi seperti kata pepatah "Kerana nila setitik,Hancur semua susu sebelanga".Langkah-langkah pencegahan harus di ambil sebelum mereka rakus memusnahkan dunia ciptaan Allah (Tuhan yang Esa) ini untuk kepentingan mereka sendiri..



Kesimpulanya,Kita Tak perlulah nak berlagak Sombong atau angkuh biarpun kepada sesiapa sahaja.Setiap Makhluk ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri.Dan marilah kita bersama-sama memanfaatkan dunia yang tidak ternilai ini untuk kepentingan semua Makhluk.

Marilah kita bersatu-patu bukan sebagai penduduk penduduk sesebuah negara tetapi sebagai sebuah penduduk dunia untuk kita bersama-sama membangunkan Dunia ini tanpa memusnah kan habitat atau tempat tinggal makhluk lain.

No comments: